Pulau Pemanggil a.k.a Calling Island..
17-18 May 2008...very nice view..siapa sangka pergi pulau akan duduk betul² di tepi laut..resort yg didirikan diatas batu-batuan pantai, menggamit suasana yang agak tenang..dengan deruan pantai, sesekali desis² angin laut, sememangnya mengasyikkan...
percutian bersama keluarga digunakan bersama...
togetherness...itulah yang membawa kami ke sana, dengan sibuk bekerja pada hari² bekerja, kesempatan berehat dan berbual pada tempoh masa yang lama, telah kami gunakan bersama...mmg enjoy pulau ni...dengan perjalanan menggunakan feri penumpang mengambil masa selama 2 jam (kalau naik bot nelayan, estimate time around 4 jam setengah), sebetulnya pulau ini jauh dr daratan dan hiruk pikuk bandar...
16 May, 10.20pm - bertolak dari Kajang
17 May, 2.30 am - tiba di jeti Mersing...mmg mengantuk...
4.20 am - mengambil bot dari jeti mersing menuju ke Pulau Pemanggil
6.50 am - tiba di Pulau Pemanggil, namun, menghadapi masalah bot, kerana
feri xdpt masuk ke jeti resort yang agak kecil, transfer ke bot nelayan
seharian - free & easy, lepak² di pantai...mmg best, xsesak cam pantai2 yang
aku penah pergi...dgn air yg jernih, angin yang bertiup juga sangat
menenangkan
18 May, seharian - free & easy, kami pada awalnya mahu melakukan aktiviti snorkeling,
namun cuaca di lautan tidak mengizinkan, disini juga terkena
tempias taufan siklon yang baru-baru ini melanda Myanmar. angin
agak kencang dan ombak agak besar menghadkan kami untuk
meneruskan niat kami itu, tetapi cuba snorkelind di tepian pantai,
namun, ombak yang besar dan tinggi menghalang kami untuk pergi
lebih jauh...
malam - BBQ, menonton final piala thomas

lewat mlm ada sesi nite club
lak, ada certain group dr Jay Bee mempamerkan aksi tarian tango
(diorang pon dr dance club

) - berita malang diterima, feri akan
berlepas dari jeti resort jam 6 pg...so, shud be @ jeti around 5.30
19 May, 4.30 am - aku dikejutkan, katanya, bot nelayan yang akan digunakan sbg
transfer boat telah tersadai

dikatakan 1 bot kargo akan
mengangkut pengunjung pada jam 5.30 am (shud be @ jeti 5.00am).
7.00 am - feri penumpang yang besar pula yg masuk, tunggu bot kargo
tersebut, tidak muncul-muncul, tis is worse, jeti agak kecil, feri besar
cuba berpaut pada jeti, akibatnya tiang jeti bergoyang ditarik ombak.
pada masa ni, sememangnnya mencemaskan...mujur tiada
sebarang kejadian buruk berlaku...alhamdulillah
9.20 am - tiba di jeti mersing
4.50 pm - tiba di kajang...lega pon